Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

99.9% dokumen kes Rosmah sudah diserah

Mahkamah Sesyen diberitahu hampir 99.9 peratus dokumen berkaitan kes isteri mantan as perdana menteri Malaysia Rosmah Mansor yang didakwa atas 17 tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram. 

Anggaran Waktu Membaca:
99.9% dokumen kes Rosmah sudah diserah

Rosmah Mansor tiba di mahkamah pada 4 Okt (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 08 Nov 2018 12:38PM Dikemas Kini : 08 Nov 2018 12:41PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen diberitahu hampir 99.9 peratus dokumen berkaitan kes isteri mantan as perdana menteri Malaysia Rosmah Mansor yang didakwa atas 17 tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah diserahkan kepada pihak pembelaan dalam kes itu.

Perkara itu dimaklumkan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan pada prosiding sebutan semula kes hari ini (8 Okt) di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Kami telah menyerahkan dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah kepada pihak pembelaan,” kata Sri Ram.

Sementara itu peguam K. Kumaraendran yang mewakili Cik Rosmah memaklumkan pihaknya telah menerima 600 muka surat dokumen berkaitan kes itu pada 30 Oktober lepas.

“Kami cadangkan sebulan untuk sebutan semula kes. Kami belum berkesempatan untuk meneliti dokumen itu,” katanya sambil menambah hanya satu dokumen belum lagi diperolehi iaitu penyata bank.

Pihak pembelaan turut memaklumkan akan membuat permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh terdekat.

Hakim Azura kemudian menetapkan 6 Disember untuk sebutan semula kes.

Cik Rosmah, 67, yang memakai baju kurung jingga kekuningan sedondon dengan selendangnya kelihatan tenang di kandang tertuduh dan ketika prosiding berlangsung, seorang pembantu wanitanya dilihat sempat meletakkan bantal kecil sebagai penyandar di belakang Rosmah.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, seorang lagi peguam yang mewakili Rosmah iaitu Geethan Ram Vincent berkata pihaknya akan memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin sebelum 6 Disember.

Pada 4 Oktober lepas, Cik Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 (S$2,345,924) dan lima pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada LHDN.

Sumber : Bernama/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan