Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 pendaki maut di gunung Nepal akibat ribut salji

Di Nepal, sembilan pendaki daripada sebuah kumpulan ekspedisi Korea Selatan mati di Gunung Gurja setelah khemah mereka musnah dibadai ribut salji.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Oct 2018 07:51PM Dikemas Kini : 14 Oct 2018 12:15AM

KATHMANDU: Di Nepal, sembilan pendaki daripada sebuah kumpulan ekspedisi Korea Selatan mati di Gunung Gurja setelah khemah mereka musnah dibadai ribut salji.

Empat daripada mereka rakyat Korea Selatan manakala baki empat lagi adalah jurupandu mereka rakyat Nepal.

Seorang lagi pendaki rakyat Korea Selatan pada awalnya dilaporkan hilang, namun para pegawai mengesahkan bahawa beliau juga berada di khemah tersebut apabila ribut salji melanda dan beliau turut dipercayai maut.

Pasukan penyelamat menemui kesemua mayat pendaki itu awal pagi Sabtu (13 Okt).

Gerakan mencari mereka dihambat oleh cuaca yang amat sejuk dan angin kencang.

Kementerian Ehwal Luar Korea Selatan menyatakan kesemua pendaki itu jatuh ke dalam gaung akibat dipukul ribut salji.

Menurut Persekutuan Pendaki Gunung Korea, kumpulan itu merancang untuk menawan puncak gunung Gurja dengan menempuh laluan yang belum pernah dicuba para pendaki lain.

Sumber : Agensi berita/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan