Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 maut kebakaran hutan di California; puluhan ribu terpaksa berpindah

Sembilan orang disahkan mati manakala berpuluh-puluh ribu yang lain terpaksa berpindah dari kediaman mereka semalam (9 Nov) sedang kebakaran hutan yang dasyat merebak pantas ke seluruh California, wilayah di bahagian barat Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
9 maut kebakaran hutan di California; puluhan ribu terpaksa berpindah

Sembilan kematian akibat kebakaran hutan dilaporkan di Paradise, bandar di bahagian utara Sacramento, Amerika Syarikat. (Gambar-gambar: Josh Edelson/AFP)

Diterbitkan : 10 Nov 2018 04:25PM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 04:31PM

PARADISE: Sembilan orang disahkan mati manakala berpuluh-puluh ribu yang lain terpaksa berpindah dari kediaman mereka semalam (9 Nov) sedang kebakaran hutan yang dasyat merebak pantas ke seluruh California, wilayah di bahagian barat Amerika Syarikat.

Salah satu kebakaran turut mengancam resort terkemuka Malibu.

Kesemua kematian dilaporkan di Paradise, bandar di bahagian utara Sacramento, di mana semua 26,000 penduduk diarahkan meninggalkan kawasan itu, menurut pihak berkuasa.

Kebakaran dikenali sebagai "Camp Fire" itu bermula pada pagi Khamis (8 Nov), memusnahkan kawasan seluas 28,300 hektar dan masih belum dapat dibendung, menurut Jabatan Bomba California (Cal Fire).

Dua lagi kebakaran berlaku di bahagian selatan California dan satu di Daerah Ventura dekat Thousand Oaks, di mana seorang bekas anggota Marin menembak mati 12 orang di sebuah bar pada Rabu malam (7 Nov).

Sherif Daerah Butte, Korey Honea, tidak mendedahkan nama para mangsa.

Namun, beliau berkata empat mangsa ditemui di dalam sebuah kenderaan di daerah Paradise manakala seorang lagi dijumpai di luar kenderaan tersebut. Tiga lagi mangsa ditemui di luar sebuah kediaman dan seorang di dalam rumah tersebut.

Berpuluh-puluh yang lain dilaporkan hilang.

Para penduduk yang berjaya menyelamatkan diri berkongsi pengalaman ngeri mereka dalam video yang dimuat naik ke laman media sosial.

Ratusan rumah musnah dalam kebakaran itu selain sebuah hospital, stesen minyak, beberapa restoran dan kenderaan di Paradise, menurut para pegawai.

Pihak berkuasa sudah mengeluarkan arahan pemindahan mandatori bagi lebih 52,000 penduduk di Sierra Nevada, termasuk di Chico yang mempunyai 93,000 penduduk.

Gabenor California, Gavin Newsom, turut mengisytiharkan keadaan darurat bagi menghulurkan bantuan ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh kebakaran itu.

Lebih 2,200 anggota bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran itu, disokong oleh beberapa helikopter dan tangki air.

Sembilan kematian akibat kebakaran hutan dilaporkan di Paradise, bandar di bahagian utara Sacramento, Amerika Syarikat. (Gambar-gambar: Josh Edelson/AFP)

Di bahagian selatan California pula, pihak berkuasa menyatakan bahawa sekitar 105,000 penduduk sudah dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Beberapa selebriti terkenal, antaranya penyanyi Lady Gaga dan bintang realiti televisyen Kim Kardashian adalah antara ribuan penduduk yang terpaksa berpindah dari kediaman masing-masing di Malibu dan Calabasas. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan