Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 maut dalam banjir kilat di Arizona

Sekurang-kurangnya sembilan orang mati dalam kejadian banjir kilat di sebuah kawasan berenang popular di Taman Negara Tonto.

Anggaran Waktu Membaca:
9 maut dalam banjir kilat di Arizona

15 orang berada di tempat berenang Cold Springs itu apabila banjir kilat melanda.

Diterbitkan : 17 Jul 2017 08:51PM Dikemas Kini : 17 Jul 2017 08:55PM

PAYSON: Sekurang-kurangnya sembilan orang mati dalam kejadian banjir kilat di sebuah kawasan berenang popular di Taman Negara Tonto.

Insiden itu berlaku pada petang kelmarin.

Pihak berkuasa menyatakan 15 orang berada di tempat berenang Cold Springs itu apabila banjir kilat melanda.

Air banjir itu juga datang dari kawasan hutan yang terbakar pada Jun lalu.

Wilayah Arizona mengalami ribut monsun pada Sabtu lalu yang turut menyebabkan hujan lebat serta hujan air batu.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan