Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 cedera setelah bas rempuh lori

Sembilan termasuk dua kanak-kanak cedera apabila bas yang mereka naiki melanggar bahagian belakang sebuah lori dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Lipis-Padang Tengku, Lipis, malam Ahad (14 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
9 cedera setelah bas rempuh lori

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 15 Oct 2018 08:27AM Dikemas Kini : 15 Oct 2018 08:29AM

KUANTAN: Sembilan termasuk dua kanak-kanak cedera apabila bas yang mereka naiki melanggar bahagian belakang sebuah lori dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Lipis-Padang Tengku, Lipis, malam Ahad (14 Okt).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.36 malam sebelum sembilan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis bergegas ke tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah bas milik University Of Malaya-Wales yang menghala ke Kuala Lipis melanggar bahagian belakang sebuah lori pada arah yang sama.

“Seorang mangsa lelaki tercucuk besi di bahagian bahu sebelah kirinya, sebelum besi itu akhirnya berjaya dipotong dan mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi Bernama malam semalam (14 Okt).

Turut tercedera ialah enam wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dan mereka juga dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Encik Nor Hisham, 40 orang penumpang bas tersebut serta pemandu treler selamat tanpa sebarang kecederaan.

Bagaimanapun butiran mengenai mangsa dan maklumat lain berkaitan kemalangan tersebut masih gagal diperolehi.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan