8 maut dalam nahas pesawat di timur Indonesia
Lapan orang maut dalam nahas pesawat di kawasan pergunungan di wilayah Papua, timur negara Indonesia.
JAKARTA: Lapan orang maut dalam nahas pesawat di kawasan pergunungan di wilayah Papua, timur negara Indonesia. Menurut pihak berkuasa, hanya seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang terselamat.
Bangkai pesawat itu ditemui pagi tadi (12 Ogos) di kawasan hutan tebal di daerah terpencil Oksibil.
Pesawat Pilatus buatan Switzerland itu membawa tujuh penumpang dan dua kakitangan.
Ia terputus hubungan dengan pihak kawalan lalu lintas udara semalam (11 Ogos) ketika dalam penerbangan singkat yang sepatutnya mengambil masa sekitar 40 minit. Punca nahas belum diketahui.
Bagaimanapun para penduduk kampung berhampiran dengan tempat nahas berkata mereka mendengar bunyi seperti 'ngauman kuat' yang disusuli dengan satu letupan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.