Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

8 jam dikebumi, bayi baru lahir rupanya masih hidup

Kubur tidak bertanda sedalam dua kaki itu digali hanya menggunakan tangan dan bayi itu dikeluarkan dalam keadaan masih bernafas.

Anggaran Waktu Membaca:
8 jam dikebumi, bayi baru lahir rupanya masih hidup

(Gambar: The Sun)

Diterbitkan : 10 Jun 2018 12:32AM Dikemas Kini : 10 Jun 2018 12:33AM

CANARANA: Seorang bayi perempuan yang disangka mati ketika dilahirkan, didapati sebenarnya masih hidup walaupun sudah dikebumikan selama hampir lapan jam.

Dalam kejadian yang berlaku di Canarana, Brazil, bayi perempuan itu dilahirkan pada tengah hari Selasa lalu (29 Mei) oleh ibunya, seorang remaja yang berusia 15 tahun.

Moyang kepada bayi tersebut, Cik Kutz Amin, menyatakan bahawa cucunya melahirkan ketika bersendirian di bilik air, dan menambah bahawa kepala bayi tersebut terhentak lantai bilik air.

Memandangkan bayi itu tidak mengeluarkan bunyi tangisan, mereka sekeluarga bertanggapan dia sudah meninggal dunia dan terus melakukan upacara tradisi pengebumian.

Amin dan keluarganya adalah dari suku kaum Orang Asli Brazil dan masih mengamalkan cara hidup lama serta tidak mengikuti kemajuan teknologi.

Polis yang dihubungi jiran tetangga tiba di kediaman itu kira-kira jam 10.00 malam.

Kubur tidak bertanda sedalam dua kaki itu digali hanya menggunakan tangan dan bayi itu dikeluarkan dalam keadaan masih bernafas.

Bayi berkenaan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan dan dilaporkan semakin pulih. Ibu bayi itu juga sedang dirawat kerana komplikasi bersalin.

Pihak polis akan menyoal siasat ibu bayi itu sebelum menentukan tuduhan yang akan dikenakan.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan