Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 lelaki ditahan berkaitan ancaman bom palsu di Ipoh

Polis menahan tujuh lelaki disyaki terbabit berhubung kejadian ancaman bom palsu di sebuah restoran makanan segera di Ipoh Garden.

Anggaran Waktu Membaca:
7 lelaki ditahan berkaitan ancaman bom palsu di Ipoh

Polis dikerahkan ke tempat kejadian susuli ancaman bom palsu. (Gambar: Hishamuddin Ahmad Zaki/Facebook)

Diterbitkan : 08 Dec 2018 03:20PM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 03:25PM

IPOH: Polis menahan tujuh lelaki disyaki terbabit berhubung kejadian ancaman bom palsu di sebuah restoran makanan segera di Ipoh Garden.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata kesemua suspek yang ditahan berumur antara 20 dengan 33 tahun itu juga merupakan pekerja restoran berkenaan.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 11 Dis,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9.00 malam semalam (7 Dis), kira-kira 20 pekerja termasuk pelanggan gempar apabila diarahkan mengosongkan premis berkenaan gara-gara terdapat ancaman bom palsu.

Beliau berkata pihaknya mengerahkan satu pasukan unit pencegah bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak sebelum membuat pemeriksaan selama sejam setengah, dan mendapati bangunan dua tingkat itu selamat.

“Di dinding sebuah tandas wanita tertulis ‘tempat ini akan meletup’ yang ditulis dengan tulisan berwarna merah kemudian terdapat satu balutan hitam dan gulungan wayar di atas sinki di tandas.

“Hasil pemeriksaan pihak kami mendapati balutan hitam tersebut hanya mengandungi tiga gelungan wayar pelbagai warna dan satu penutup botol,” katanya.

ACP Mohd Ali berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu termasuk motif ancaman tersebut.

Katanya kes akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan