Images
  • Scarolina

7 banduan mati, 17 cedera dalam rusuhan penjara terburuk AS

BISHOPVILLE: Seramai tujuh banduan terbunuh manakala 17 yang lain cedera dalam satu pergaduhan selama lapan jam antara kumpulan-kumpulan banduan di dalam sebuah penjara keselamatan maksimum di Bishopville, wilayah South Carolina.

Ia merupakan salah satu insiden keganasan penjara terburuk di Amerika Syarikat sejak tahun 1993.

Pengarah penjara-penjara South Carolina berkata pergaduhan yang berlaku pada malam semalam (16 Apr) berpunca daripada soal wang, barangan seludup dan tunjuk kuasa.

Tujuh banduan yang terbunuh sedang menjalani hukuman penjara antara 10 tahun hingga seumur hidup.

Penjara itu yang mempunyai hampir 1,600 banduan merupakan kemudahan keselamatan maksimum yang dibina pada tahun 1993. Ia menempatkan banduan pelaku kekerasan dan tahanan dengan masalah tingkah laku. 

- Agensi berita/MU/nk

Top