Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

67% rakyat M'sia puas hati dengan kerajaan Pakatan Harapan

Esok (17 Ogos) genap 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan. Satu tinjauan pendapat oleh Merdeka Center mendapati, 67 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan kerajaan pilihan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
67% rakyat M'sia puas hati dengan kerajaan Pakatan Harapan

Bendera Pakatan Harapan. (Gambar: CNA/Twitter)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 07:58AM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 08:00AM

KUALA LUMPUR: Esok (17 Ogos) genap 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan. Satu tinjauan pendapat oleh Merdeka Center mendapati, 67 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan kerajaan pilihan mereka.

Setakat Ogos 2018, 67 peratus akui mereka berpuas hati dengan prestasi kerajaan. Namun perangkaan itu jauh lebih rendah berbanding peringkat awal peralihan kuasa, apabila 87 peratus berasa puas hati.

Penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menunjukkan 71 peratus setuju dengan pentadbirannya namun jumlah itu lebih rendah berbanding 83 peratus selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei, lapor Astro Awani.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Wan Azizah Wan Ismail mendahului senarai menteri yang diterima baik oleh rakyat pada kadar 75 peratus.

Ia diikuti dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali (64 peratus), Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin (62 peratus) dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng (60 peratus).

Menurut Astro Awani, kos sara hidup kekal sebagai kebimbangan utama. 55 peratus responden tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan aspek itu.

Turut menjadi kerisauan adalah hal berkenaan melindungi hak dan kepentingan Melayu dan Islam. Astro Awani melaporkan kurang 50 peratus responden menyatakan mereka tidak berpuas hati bagi kedua-dua aspek itu.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan