Images
  • handcuff (2)
    Gambar fail gari polis. (Gambar: AFP) 

6 pelajar tahfiz dilliwat penderma

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang didakwa meliwat enam pelajar sebuah pusat tahfiz sejak awal Disember tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata bahawa suspek merupakan sukarelawan di situ dan giat memberi sumbangan barangan keperluan harian dan pakaian di pusat itu sejak 2015.

Katanya, mangsa berusia dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun dan perbuatan terkutuk suspek yang terbongkar pada Isnin lalu (12 Mac) menyebabkan tenaga pengajar di pusat berkenaan membuat aduan polis.

"Aduan mendakwa mangsa mula diliwat pada awal Disember lalu di sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di sebuah taman perumahan di sini.

"Siasatan mendapati suspek yang bekerja sendiri melakukan kesalahan itu sebanyak antara satu hingga lima kali terhadap setiap mangsa," katanya.

Superintandan Kama Azural menambah bahawa suspek ditangkap pada hari sama aduan dibuat dan direman bermula semalam (13 Mac) sehingga 19 Mac.

Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

- BERNAMA/SM/sm

Top