Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 banduan cuba lari dari mahkamah

Enam banduan cuba melarikan diri dari Mahkamah Lang Suan di Chumphon, selatan Thailand semalam (11 Okt), dalam insiden nekad yang dirakamkan oleh kamera keselamatan berhampiran.

Anggaran Waktu Membaca:
6 banduan cuba lari dari mahkamah

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 04:12PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 04:15PM

BANGKOK: Enam banduan cuba melarikan diri dari Mahkamah Lang Suan di Chumphon, selatan Thailand semalam (11 Okt), dalam insiden nekad yang dirakamkan oleh kamera keselamatan berhampiran.

Tiga daripada banduan terbabit yang cuba melarikan diri dengan berjalan kaki, berjaya ditahan semula oleh para pengawal tetapi tiga rakan mereka masih dilaporkan bebas selepas melarikan diri dari mahkamah dengan menaiki trak pikap penjara yang digunakan untuk membawa mereka.

Menurut laporan media tempatan, warden penjara yang memandu kenderaan itu bersikap cuai kerana meninggalkan trak tersebut tanpa dijaga manakala kuncinya masih berada di dalam kenderaan itu ketika membawa banduan-banduan itu ke mahkamah.

Melihat ada peluang untuk melarikan diri, tiga daripada banduan itu berlari ke arah pintu masuk mahkamah tetapi berjaya ditumpaskan dan ditangkap oleh pengawal yang sebelum itu mengejar mereka, manakala tiga lagi banduan melarikan diri dengan memandu kenderaan penjara yang tidak dijaga itu.

Dalam keadaan tergesa-gesa untuk melarikan diri, trak dicuri yang dinaiki tiga banduan itu merempuh pintu pagar mahkamah dan menggilis seorang lagi banduan.

Tidak jelas sama ada banduan terbabit mengalami kecederaan dalam insiden itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan