Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

50 individu ditangkap berhubung perjudian haram

Polis Sarawak menahan 50 individu menerusi 36 serbuan terhadap pusat perjudian di seluruh negeri mulai 6 hingga 12 November lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
50 individu ditangkap berhubung perjudian haram

Gambar fail gari tangan. (Gambar: Michelle Shephard/AFP)

Diterbitkan : 13 Nov 2017 12:44PM Dikemas Kini : 13 Nov 2017 12:45PM

MIRI: Polis Sarawak menahan 50 individu menerusi 36 serbuan terhadap pusat perjudian di seluruh negeri mulai 6 hingga 12 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata 32 daripada serbuan itu melibatkan penjualan 4D haram manakala selebihnya adalah perjudian online dan menyediakan perkhidmatan tambah nilai judi siber.

Remaja dan warga asing merupakan antara suspek ditahan yang terdiri daripada 34 lelaki dan 16 wanita.

Beliau berkata polis merampas wang tunai RM8,049 (S$2,616) , telefon bimbit, mesin cetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis melalui serbuan 4D haram sementara bagi perjudian online pula, rampasan melibatkan wang tunai RM2,841 (S$806) telefon bimbit dan komputer tablet.

“Kesemua suspek ditahan mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” katanya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan