Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 perompak kedai emas ditembak, seorang anggota polis cedera

Polis menembak mati lima lelaki yang menyamun kedai emas di sebuah pasar raya di Kuchai Lama hari ini (20 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
5 perompak kedai emas ditembak, seorang anggota polis cedera

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 09:27PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 09:28PM

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati lima lelaki yang menyamun kedai emas di sebuah pasar raya di Kuchai Lama hari ini (20 Nov).

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, enam lelaki tempatan bersenjatakan pistol serta parang meluru masuk ke pasar raya itu dan menyamun sebuah kedai emas.

Tanpa memberikan butiran, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata empat lelaki ditembak di lokasi kejadian manakala seorang lagi suspek yang cuba melarikan diri dengan sebuah kereta ditembak kira-kira satu kilometer dari lokasi itu.

Katanya polis dapat menahan seorang suspek kejadian itu.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, seorang anggota polis cedera terkena tembakan, katanya ketika dihubungi hari ini.

“Dua pucuk pistol dan beberapa bilah parang dirampas serta sejumlah besar barang kemas juga berjaya dirampas,” kata SAC Fadzil.

Beliau berkata pihaknya kini menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Sementara itu, saksi yang ingin dikenali sebagai Diah, 26, berkata beliau melihat beberapa  lelaki memakai topi keledar menuju ke kedai emas itu.

“Kemudian saya dengar bunyi tembakan dan terus melarikan diri kerana bimbangkan keselamatan diri,” katanya. 

Sumber : Bernama/SU/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan