Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 penduduk pangsapuri bunuh warga Bangladesh

Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang warga Bangladesh di sebuah pangsapuri, awal bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
5 penduduk pangsapuri bunuh warga Bangladesh

Pasangan didakwa membunuh warga Bangladesh di Pangsapuri Mentari Court, Bandar Sunway. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 18 Dec 2018 10:47AM Dikemas Kini : 18 Dec 2018 10:51AM

PETALING JAYA: Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang warga Bangladesh di sebuah pangsapuri, awal bulan ini.

Ahmad Najmi Naim Ahmad Jeffrey dan Intan Farah Nur Ain Muhamad Zawawi, masing-masing berusia 21 tahun hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham semalam (17 Dis).

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Kelihatan ahli keluarga kedua-dua tertuduh hadir di mahkamah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang masing-masing tinggal di pangsapuri tersebut, bersama-sama dengan tiga lagi yang masih bebas dalam mencapai niat bersama, didakwa membunuh seorang lelaki bernama Jamal.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Mentari Court, Bandar Sunway, antara 6.00 dengan 7.00 pagi, pada 3 Dis lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin serta menetapkan 25 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Difahamkan kejadian berpunca daripada warga asing tersebut yang didakwa cuba mencabul salah seorang penduduk di pangsapuri tersebut.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan