Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 militan ISIS maut dalam serangan udara

Pesawat pejuang Iraq pada Rabu (21 Nov) membunuh lima militan ISIS dan memusnahkan tempat persembunyian mereka di pusat bandar Iraq, lapor agensi berita China Xinhua, memetik kenyataan seorang pegawai wilayah.

Anggaran Waktu Membaca:
5 militan ISIS maut dalam serangan udara

Tentera Iraq. (Gambar: AHMAD AL-RUBAYE/AFP)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 08:26PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 08:30PM

BAGHDAD: Pesawat pejuang Iraq pada Rabu (21 Nov) membunuh lima militan ISIS dan memusnahkan tempat persembunyian mereka di pusat bandar Iraq, lapor agensi berita China Xinhua, memetik kenyataan seorang pegawai wilayah.

"Pesawat Iraq itu sudah menyerang satu tempat persembunyian kumpulan pengganas ISIS di Kampung Albu Sulaibi berhampiran sempadan wilayah-wilayah Salahudin dan Diyala," kata Encik Mohammed al-Obiedi, ketua majlis perbandaran al-Udhiem.

Serangan udara itu sudah memusnahkan tempat persembunyian tersebut dan menyebabkan lima militan ISIS maut, kata beliau sambil menambah tempat persembunyian itu sering digunakan oleh kumpulan ISIS sebagai tapak perhimpunan untuk militan dan gedung senjata.

Kampung Albu Sulaibi adalah sebahagian daripada kawasan di Mteibijah yang berceranggah, dan terletak kira-kira 100 kilometer di tenggara ibu kota wilayah Salahudin iaitu Tikrit.

Ia sudah kian lama menjadi kawasan bagi militan ekstremis meskipun operasi sering dilakukan oleh pasukan keselamatan Iraq bagi memburu mereka kerana kumpulan militan menggunakan kawasan itu sebagai landasan untuk melancarkan serangan ke atas orang awam serta pasukan keselamatan di bandar-bandar dalam wilayah Salahudin dan Diyala.

Pada 9 Dis 2017, Iraq secara rasmi mengisytiharkan pembebasan penuh wilayah-wilayahnya daripada militan ISIS selepas tentera Iraq menawan semula semua kawasan yang sebelum ini dikuasai kumpulan pelampau.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan