Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 maut dalam kebakaran disengajakan di motel Seoul

Lima orang maut dan empat lagi dikejarkan ke hospital hari ini (20 Jan) akibat kebakaran yang disengajakan di sebuah motel yang terletak di Seoul.

Anggaran Waktu Membaca:
5 maut dalam kebakaran disengajakan di motel Seoul

(Gambar: AFP).

Diterbitkan : 20 Jan 2018 01:27PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 01:30PM

SEOUL: Lima orang maut dan empat lagi dikejarkan ke hospital hari ini (20 Jan) akibat kebakaran yang disengajakan di sebuah motel yang terletak di Seoul. Demikian menurut polis tempatan.

Seorang lelaki 53 tahun yang mengaku bersalah dalam kejadian itu sudah ditangkap.

Menurut para saksi, pekerja penghantaran itu sengaja membakar motel berkenaan kerana berasa marah selepas tidak dibenarkan menyewa bilik di motel itu. Dia tidak dibenarkan menyewa bilik kerana berada dalam keadaan mabuk.

Lelaki yang dikenali sebagai Yu itu, membawa 10 liter petrol yang dibeli di sebuah stesen minyak berdekatan. Dia kemudian menyimbah minyak di tingkat bawah lalu membakar motel itu.

Jiran-jiran berusaha untuk memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api namun gagal mengawal kebakaran. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan