Images
  • hailstorm
    Ribut melanda Gympie, Australia. (Gambar: 7newssyd/Instagram)

5 cedera dalam ribut hujan batu di Australia

GYMPIE: Satu ribut hujan batu membawa bersamanya angin kencang, petir dan puting beliung yang melanda kawasan tenggara Queensland hari ini (12 Okt) menyebabkan lima orang cedera serta banyak kerosakan harta-benda.

Satu rakaman video menunjukkan ribut hujan batu mencurah-curah turun di jalan raya Gympie, sekitar 160 kilometer utara Brisbane, dan satu lagi ribut jenis "supercell" di kawasan Rainbow Beach. Ribut "supercell" dianggap yang baling berbahaya dalam empat kategori ribut kerana cuaca tidak menentu yang dibawa bersamanya.

Lima orang, termasuk seorang bayi dan kanak-kanak lelaki, cedera akibat cermin kenderaan yang pecah, pokok tumbang dan petir yang menyambar, lapor media tempatan hari ini (12 Okt).

View this post on Instagram

Welcome to gympie

A post shared by Emilia's Cafe (@emilias2003) on


Bangunan-bangunan rosak dan pokok tumbang sedang ribut itu melalui kawasan tersebut dan menyebabkan satu puting beliung yang melanda kota Tansey di Gympie.

Di kawasan lain, ribut hujan batu yang sebesar bola tenis turut dilaporkan.  

- Reuters/AQ/aq

Top