Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

5 anggota polis termasuk berpangkat ACP direman, disyaki terima rasuah bagi kes dadah

Mahkamah majistret mereman seorang ketua balai polis yang berpangkat ACP dan empat anggotanya selama lima hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah RM3,000 (S$1,000) membabitkan kes dadah, semalam (20 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
5 anggota polis termasuk berpangkat ACP direman, disyaki terima rasuah bagi kes dadah

Gambar fail gari tangan. (Gambar: Michelle Shephard/AFP)

Diterbitkan : 21 Apr 2018 05:16PM Dikemas Kini : 21 Apr 2018 05:17PM

IPOH: Mahkamah majistret mereman seorang ketua balai polis yang berpangkat ACP dan empat anggotanya selama lima hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah RM3,000 (S$1,000) membabitkan kes dadah, semalam (20 Apr).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Kasyfurahman Abang Ahmad selepas menerima permohonan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) R. Kumuthambal.

Kesemua suspek yang berumur antara 26 dan 39 tahun itu dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas kesalahan dadah dalam sebuah operasi malam tadi (20 Apr).

Perintah reman itu dijalankan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 (S$3,300) dan penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, kesemua suspek yang memakai baju lokap SPRM itu tiba di pekarangan mahkamah pada 10.30 pagi tadi sebelum keluar dengan tiga kereta sebaik menerima perintah reman pada jam 2.00 petang.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan