Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

45 penyokong Gaddafi dihukum mati kerana bunuh penunjuk perasaan

Mahkamah Rayuan Libya menjatuhi hukuman mati ke atas 45 penyokong bekas pemimpin Muammar Gaddafi kerana membunuh sejumlah penunjuk perasaan semasa pemberontakan yang berlaku dalam tahun 2011, lapor agensi berita China Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
45 penyokong Gaddafi dihukum mati kerana bunuh penunjuk perasaan

Gambar fail kawasan bandar Libya. (Gambar: Abdullah Doma/ AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 12:24PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 12:29PM

TRIPOLI: Mahkamah Rayuan Libya menjatuhi hukuman mati ke atas 45 penyokong bekas pemimpin Muammar Gaddafi kerana membunuh sejumlah penunjuk perasaan semasa pemberontakan yang berlaku dalam tahun 2011, lapor agensi berita China Xinhua.

"Sirkit Kedua Jenayah Mahkamah Rayuan Tripoli mengeluarkan keputusan dalam kes itu di daerah Abu Salim, di mana sejumlah 128 orang didakwa melakukan kesalahan tersebut," menurut kenyataan kementerian kehakiman.

99 orang disabitkan kesalahan dengan 45 daripada mereka dijatuhi hukuman mati.

Kes itu bermula pada 21 Ogos 2011, yang menyaksikan penyokong Gaddafi membunuh sejumlah penunjuk perasaan awam di daerah Abu Salim di ibu kota Tripoli.

Rakaman video yang tersebar menunjukkan penyokong Gaddafi memaksa penunjuk perasaan terbabit melutut berhampiran sebuah lebuh raya sebelum membunuh mereka di lokasi itu.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan