Images
  • arkansas bus crash
    Kemalangan jalan raya melibatkan bas membawa kanak-kanak (Gambar: AP)

45 cedera, seorang maut dalam kemalangan jalan raya

ARKANSAS: Seorang terkorban dan 45 yang lain cedera apabila sebuah bas yang membawa satu pasukan bola sepak belia, terlibat dalam kemalangan di Arkansas, Amerika Syarikat.

Menurut polis, mangsa yang cedera - kebanyakannya kanak-kanak - dibawa ke sebuah hospital di Benton, Saline County untuk mendapatkan rawatan.

Bas malang itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari satu perlawanan bola sepak di Texas, merentasi Memphis sebelum terbalik di persimpanagan jalan dekat Benton.

Rakaman video dari tempat kejadian menunjukkan bas tersebut rosak teruk dan terdampar di sebuah selekoh tajam.

Polis menyoal siasat pemandu bas yang terselamat daripada kemalangan tersebut.  

- Agensi berita/SS/tq

Top