Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

400 terperangkap dalam kereta api dek salji tebal di Jepun

Di Jepun, lebih 400 orang terperangkap semalaman di dalam kereta api selepas salji tebal meliputi bahagian barat Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jan 2018 08:14PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 12:16AM

NIIGATA: Di Jepun, lebih 400 orang terperangkap semalaman di dalam kereta api selepas salji tebal meliputi bahagian barat Jepun.

Kereta api syarikat JR East ini berlepas dari bandar Niigata pada jam 4.25 petang semalam.

Tetapi kereta api empat gerabak itu terpaksa berhenti sekitar 7.00 malam semalam (11 Jan) di satu persimpangan selepas roda-rodanya tidak dapat bergerak akibat salji tebal.

Pihak berkuasa memutuskan untuk tidak memindahkan para penumpang yang terkandas kerana salji tebal dan suasana malam yang terlalu gelap.

Mujur masih ada bekalan elektrik ke kereta api terjejas dan kereta api hanya mula bergerak semula sekitar 10:30 pagi tadi.

Namun lima orang penumpang yang tidak berapa sihat dipindahkan malam semalam (11 Jan).

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan