Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

40 maut, 23 cedera selepas pesawat terhempas di Nepal

Sekurang-kurangnya 40 orang maut dan 23 lagi mengalami kecederaan apabila sebuah pesawat penumpang Bangladesh terhempas semasa hendak mendarat di Lapangan Terbang Kathmandu, Nepal.

Anggaran Waktu Membaca:
40 maut, 23 cedera selepas pesawat terhempas di Nepal

Gambar: NIRANJAN SHRESHTA

Diterbitkan : 12 Mar 2018 09:52PM Dikemas Kini : 12 Mar 2018 09:54PM

KATHMANDU, NEPAL: Sekurang-kurangnya 40 orang maut dan 23 lagi mengalami kecederaan apabila sebuah pesawat penumpang Bangladesh terhempas semasa hendak mendarat di Lapangan Terbang Kathmandu, Nepal.

Pesawat syarikat US-Bangla Airlines itu membawa 67 penumpang dan empat kakitangan.

Nahas tersebut berlaku semasa pesawat berusia 17 tahun itu dalam penerbangan dari Dhaka, ibu kota Bangladesh. Menyusuli nahas berkenaan, Lapangan Terbang Kathmandu ditutup.

Syarikat US-Bangla Airlines mula beroperasi lebih tiga tahun lalu.Berpangkalan di Dhaka, syarikat itu memulakan penerbangan antarabangsa pada Mei tahun 2016.

Sejak itu, ia meluaskan khidmat penerbangannya ke Asia Selatan, Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Sumber : Reuters/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan