Images
  • polis  indonesia
    Gambar fail: Aman Rochman

4 lelaki ditembak mati selepas serang ibu pejabat polis Pekanbaru

JAKARTA: Polis Indonesia menembak mati empat lelaki hari ini (16 Mei) selepas salah seorang daripada mereka menyerang polis dengan pedang samurai, mencederakan dua orang pegawai.

Serangan itu berlaku di ibu pejabat polis di Pekanbaru, Sumatera, menurut laporan polis.

Salah seorang daripada lelaki yang ditembak mati itu disyaki memasang bom pada badannya. Seorang lagi lelaki ditahan dan empat yang lain dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian, dedah polis lagi.

Menurut laporan tersebut, para suspek yang memandu sebuah kereta membawa kenderaan itu masuk ke pekarangan ibu pejabat polis sebelum keluar dari kenderaan berkenaan dan menyerang polis.

Media tempatan Antara melaporkan bahawa dua wartawan yang berada di ibu pejabat polis itu turut mengalami kecederaan akibat serangan berkenaan.

Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki terbujur di lantai dengan sebilah pedang di sebelahnya.  

- REUTERS/SM/sm

Top