Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 individu termasuk penyerang terbunuh dalam serangan di hospital Chicago

Seorang lelaki bersenjata membunuh seorang pegawai polis dan dua individu yang lain sebelum mati dalam serangan tembakan yang dilancarkan ke atas sebuah hospital di Chicago pada Isnin (19 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
4 individu termasuk penyerang terbunuh dalam serangan di hospital Chicago

Para pegawai polis Chicago di luar Hospital Mercy. (Gambar: Amanda Seitz/AP)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 11:01AM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 11:05AM

CHICAGO: Seorang lelaki bersenjata membunuh seorang pegawai polis dan dua individu yang lain sebelum mati dalam serangan tembakan yang dilancarkan ke atas sebuah hospital di Chicago pada Isnin (19 Nov). Insiden itu menyebabkan para doktor dan pesakit berlari keluar dari pusat perubatan itu, menurut para pegawai.

Lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan di tempat letak kereta di luar hospital berkenaan sebelum menyerbu lobi pusat perubatan tersebut dan melepaskan tembakan di kawasan itu, kata para saksi kepada stesen-stesen televisyen tempatan.

Seorang pegawai polis, Samuel Jimenez, meninggal dunia akibat serangan tersebut, kata jurucakap polis melalui catatan di Twitter. Jabatan Bomba Chicago juga menyatakan di Twitternya bahawa lelaki bersenjata berkenaan juga terbunuh.

"Seorang pegawai #ChicagoPolice ditembak dalam insiden tembakan di Hospital Mercy. Beliau kini berada dalam keadaan kritikal namun sedang menerima rawatan. Mari doakan agar beliau beransur pulih," tambah jurucakap Jabatan Polis Chicago, Anthony Guglielmi.

A #ChicagoPolice officer has been shot in the active shooter incident at Mercy Hospital. He is in critical condition but receiving excellent care. Please send your prayers. pic.twitter.com/kFfMY1ZmF7

— Anthony Guglielmi (@AJGuglielmi) November 19, 2018

Para pegawai mengatakan bahawa dua yang lain turut ditembak, namun seorang penyiasat dari Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Cook kemudian menyatakan bahawa mereka juga meninggal dunia akibat insiden tersebut.

Buat masa ini, polis masih belum mendedahkan motif di sebalik serangan tersebut.

Seorang saksi, yang dikenali sebagai Hector Avitia, berkata beliau dan isterinya sedang menantikan keputusan ujian kesihatan apabila beliau ternampak seorang lelaki bersenjata berpakaian serba hitam melepaskan beberapa das tembakan ke arah seorang individu yang terbaring di lantai tempat letak kereta.

Encik Avitia berkata lelaki bersenjata itu membawa pistol dan beberapa kelongsong peluru.

James Gray pula memberitahu para wartawan bahawa beliau ternampak lelaki bersenjata itu dan seorang wanita berjalan bersama-sama ke arah tempat letak kereta berkenaan sebelum lelaki itu tiba-tiba menembak wanita tersebut sebanyak tiga kali di bahagian dadanya.

Serangan itu berlaku kurang dua minggu selepas seorang lelaki bersenjata membunuh 12 orang di sebuah bar di California.

Insiden berkenaan meningkatkan lagi keprihatinan terhadap penggunaan senjata api di Amerika Syrikat, dengan lebih 300 insiden serangan beramai-ramai dilaporkan pada tahun ini. 

Sumber : AFP/Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan