Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 cedera selepas trak rempuh tembok sekolah rendah

Empat orang, termasuk kanak-kanak, cedera apabila sebuah trak merempuh tembok sebuah sekolah rendah di Lyle.

Anggaran Waktu Membaca:
4 cedera selepas trak rempuh tembok sekolah rendah

Empat orang cedera apabila sebuah trak merempuh tembok sebuah sekolah rendah di Lyle.

Diterbitkan : 17 Jan 2018 07:47PM Dikemas Kini : 17 Jan 2018 07:55PM

LYLE, MINNESOTA: Empat orang, termasuk kanak-kanak, cedera apabila sebuah trak merempuh tembok sebuah sekolah rendah di Lyle.

Menurut kakitangan sekolah tersebut, trak berkenaan terbabas dari lebuh raya kira-kira 90 meter dari kawasan sekolah.

Dua kanak-kanak yang cedera dikatakan berada dalam bilik darjah ketika itu.

Menurut Globe Gazette, Superintenden Lyle Bryan Boysen dapat mengesahkan bahawa dua pelajar dikejarkan ke hospital di Austin, dan mendedahkan mereka mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Bagaimanapun, kecederaan tersebut mungkin tidak serius, menurutnya.

Encik Boysen, seperti dipetik Globe Gazette, berkata beliau dimaklumkan tentang insiden berkenaan apabila penggera kebakaran sekolah berbunyi. Beliau memasuki laluan menghala ke bilik darjah apabila ternampak asap. Para pekerja kemudian mengarahkannya ke bilik darjah di mana trak itu merempuh masuk.

Menyusuli kemalangan tersebut, semua pelajar dipindah keluar dari kawasan sekolah dan dihantar ke gereja berhampiran.

Sesi sekolah juga dibatalkan sepanjang hari itu dan Encik Boysen mengatakan ia mungkin akan dibatalkan keesokan hari juga bagi membolehkan pemeriksaan terhadap kerosakan ke atas sekolah tersebut.

Sumber : Agensi berita/MM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan