Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 warga Palestin, termasuk 1 budak lelaki maut dalam bantahan Gaza

Tentera Israel membunuh tiga warga Palestin, termasuk seorang budak lelaki berusia 11 tahun dan mencederakan sekurang-kurangnya 248 yang lain yang terlibat dalam tunjuk perasaan mingguan pada Jumaat (14 Sep) di sempadan Carikan Gaza, menurut pegawai perubatan Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
3 warga Palestin, termasuk 1 budak lelaki maut dalam bantahan Gaza

Seorang warga Palestin yang cedera dalam tunjuk perasaan di Gaza dipindahkan (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Sep 2018 08:49AM Dikemas Kini : 15 Sep 2018 08:54AM

GAZA: Tentera Israel membunuh tiga warga Palestin, termasuk seorang budak lelaki berusia 11 tahun dan mencederakan sekurang-kurangnya 248 yang lain yang terlibat dalam tunjuk perasaan mingguan pada Jumaat (14 Sep) di sempadan Carikan Gaza, menurut pegawai perubatan Palestin.

Tentera Israel menyatakan ia menggunakan tindakan keras kerana ia diperlukan untuk menyuraikan 13,000 warga Palestin yang berhimpun di beberapa kawasan.

Sebilangan penunjuk perasaan membaling batu, bom botol dan bom tangan ke arah tentera Israel yang diselubungi asap daripada tayar-tayar yang dibakar. Menurut pihak tentera, seorang askar cedera dan sembilan warga Palestin melintasi sempadan buat sementara waktu.

Korban jiwa pada Jumaat membawa bilangan warga Palestin yang maut sejak tunjuk perasaan bermula pada 30 Mac kepada 177 orang. Budak 11 tahun yang terkorban pada Jumaat, Shadi Abdel-Al, adalah yang paling muda maut di tangan askar Israel.

Seorang warga Palestin, Hashem Hassan, 28 tahun, berkata beliau ternampak Abdel-Al ditembak 70 meter dari pagar sempadan: "Dia melontar beberapa ketul batu, yang melayang sejauh beberapa meter saja dan dia tidak menimbulkan ancaman."

Ditanya mengenai kematian Abdel-Al, jurucakap tentera Israel berkata para askar mematuhi peraturan mula menembak.

Pihak Hamas dan Israel saling berbalas serangan bom di sempadan Gaza sejak 30 Mac. Seorang askar Israel ditembak mati oleh seorang penembak hendap Palestin dan Israel kehilangan hutan dan kawasan ladang dalam serangan-serangan itu.

Sementara itu taktik Israel terhadap tunjuk perasaan itu mencetuskan kutukan masyarakat antarabangsa.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan