Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 wanita diberkas kerana potong, cabut bendera BN

Tiga wanita ditahan polis hari ini (18 Apr) kerana disyaki memotong dan mencabut bendera serta kain rentang Barisan Nasional (BN) di tepi Jalan Leong Yew Koh di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Anggaran Waktu Membaca:
3 wanita diberkas kerana potong, cabut bendera BN

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 18 Apr 2018 09:53PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 09:54PM

KUALA LUMPUR: Tiga wanita ditahan polis hari ini (18 Apr) kerana disyaki memotong dan mencabut bendera serta kain rentang Barisan Nasional (BN) di tepi Jalan Leong Yew Koh di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, dalam satu kenyataan berkata mereka bertindak demikian atas alasan pihak berkuasa tempatan (PBT) gagal menurunkan bendera itu yang dipasang sebelum hari penamaan calon.

Pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Zon TTDI menahan mereka untuk membantu dalam siasatan. Bendera itu diserahkan ke Balai Polis TDD. 133 kain rentang BN dalam pelbagai saiz juga ditemukan dalam dua beg plastik dalam kereta yang dinaiki mereka.

“Polis turut merampas gunting, playar, pemotong wayar, sebotol ubat nyamuk, lampu suluh dan plastik sampah,” kata Datuk Seri Mazlan.

Ketiga-tiga wanita berkenaan merupakan penduduk kawasan TTDI dan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik, katanya.

“Mereka bertindak atas dasar prihatin sebagai penduduk di kawasan berkenaan dan mendakwa aduan yang dibuat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan pemasangan bendera parti sebelum 28 April tidak diambil sebarang tindakan.

Beliau berkata dua daripada suspek masing-masing berusia 31 dan 37 tahun.

“Perbuatan yang dilakukan adalah atas sikap sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak,” katanya.

Datuk Seri Mazlan berkata kes masih disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dalam perkara sedemikian. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan