3 terkorban akibat gempa bumi di Bali
Sekurang-kurangnya tiga orang maut apabila gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter menggegarkan kepulauan Jawa dan Bali pada Khamis (11 Okt), menurut seorang pegawai pemerintah.
JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga orang maut apabila gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter menggegarkan kepulauan Jawa dan Bali pada Khamis (11 Okt), menurut seorang pegawai pemerintah.
Mangsa-mangsa di Jawa Timur, khususnya daerah Sumenep terkorban akibat terhempap bangunan-bangunan yang runtuh, menurut jurucakap agensi bencana negara, Sutopo Purwo Nugroho.
"Gempa bumi itu berlaku ketika awal pagi Khamis (11 Okt) semasa mereka masih tidur, oleh itu mereka tidak sempat untuk melarikan diri," katanya, sambil menambah bahawa kemusnahan yang disebabkan oleh gegaran itu tidak meluas.
"Gempa itu tidak mencetuskan sebarang tsunami," kata ketua agensi geofizik Indonesia, Dwikorita Karnawati.
USGS menyatakan, gempa itu berpusat di Laut Bali sekitar 40 kilometer dari Jawa Timur dan turut dirasakan di Denpasar, Bali.
Gempa itu turut dirasakan di Surabaya, ibu kota Jawa Timur yang terletak sekitar 200 kilometer dari Situbondo iaitu bandar terdekat dengan pusat gempa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.