Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 sepupu maut tercampak dari pikap; pemandu lori cedera parah

Tiga lelaki maut selepas tercampak dari kenderaan yang dinaiki mereka dalam kemalangan yang membabitkan sebuah pikap dan sebuah lori yang membawa muatan surat khabar.

Anggaran Waktu Membaca:
3 sepupu maut tercampak dari pikap; pemandu lori cedera parah

(Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

Diterbitkan : 19 Aug 2018 06:33PM Dikemas Kini : 19 Aug 2018 06:50PM

PERAK: Tiga lelaki maut selepas tercampak dari kenderaan yang dinaiki mereka dalam kemalangan yang membabitkan sebuah pikap dan sebuah lori yang membawa muatan surat khabar.

Nahas itu berlaku berhampiran Plaza Tol Simpang Pulai Lebuhraya Utara Selatan, menuju ke arah selatan pada sekitar 4.40 pagi tadi (19 Ogos), lapor BH Online.

Ketiga-tiga mangsa yang maut menaiki pikap jenis Toyota Hilux. Mereka dikenal pasti sebagai pemandu, Nishan Singh Dillon, 30, dan dua penumpang Rajminder Singh, 26, serta Gurdi Singh, 28.

Ketiga-tiga mangsa mempunyai pertalian saudara sebagai sepupu.

BH Online difahamkan bahawa pemandu lori yang membawa muatan surat khabar, berusia 40 tahun, itu dilaporkan cedera parah akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Song, berkata siasatan awal mendapati bahawa para mangsa sedang dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kampar, manakala lori berkenaan sedang menghala ke Tapah.

BH Online menukil Encik Ng sebagai berkata bahawa, sebaik tiba di lokasi kejadian, pikap berkenaan merempuh bahagian kanan lori mengakibatkan kenderaan itu merempuh penghadang kiri lebuh raya.

"Akibat rempuhan itu, lori terbabit terbalik manakala pikap berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas.

"Berikutan itu, ketiga-tiga mangsa yang menaiki pikap berkenaan tercampak keluar dari kenderaan dan semua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kong Soon berkata, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk dibedah siasat, manakala pemandu lori dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

"Pemandu lori masih dirawat di Wad Kecemasan HRPB kerana mengalami pendarahan dan keadaannya agak parah," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kenderaan itu akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (PUSPAKOM) Gopeng untuk pemeriksaan lanjut.

Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan