Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 pegawai polis ditahan disyaki samun berkumpulan

Menurut Encik Din, berdasarkan laporan mangsa, tiga anggota itu pergi ke sebuah rumah sewa yang didiami enam individu berusia antara 19 tahun dengan 41 tahun sebelum mengarahkan kesemua mereka menyerahkan dompet serta wang yang dimiliki.

Anggaran Waktu Membaca:
3 pegawai polis ditahan disyaki samun berkumpulan

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 10:14PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 10:21PM

KOTA BHARU:Tiga anggota polis ditahan kerana disyaki menyamun sebuah rumah didiami enam individu pada tengah malam Rabu (15 Ogos).

Timbalan Ketua Polis Kelantan Din Ahmad berkata anggota berpangkat sarjan yang bertugas di Terengganu dan dua konstabel yang bertugas di negeri itu ditahan sekitar tiga jam kemudian selepas mangsa membuat aduan polis mengenai kejadian itu yang berlaku 12.05 tengah malam.

"Perbuatan mereka amat menjijikan kerana tugas mereka sepatutnya melindungi orang awam dan bukan bertindak sebaliknya. Polis Diraja Malaysia tidak akan sesekali berkompromi dengan anggota sebegini dan perlu dikenakan tindakan tegas,” katanya kepada para wartawan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Menurut Encik Din, berdasarkan laporan mangsa, tiga anggota itu pergi ke sebuah rumah sewa yang didiami enam individu berusia antara 19 tahun dengan 41 tahun sebelum mengarahkan kesemua mereka menyerahkan dompet serta wang yang dimiliki.

"Selepas memperoleh sedikit wang ketiga-tiga mereka tidak berpuas hati dan membawa dua lagi mangsa ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mengeluarkan sebanyak RM2,000 (S$671) lagi. Keseluruhan wang yang berjaya disamun adalah sebanyak RM2,710 (S$910)," katanya.

Beliau berkata, selepas aduan dibuat oleh mangsa, satu pasukan yang terbabit dalam Ops Cantas bertindak dan berjaya menahan seorang anggota berpangkat sarjan berdekatan Jalan Kota Bharu-Kuala Krai pada 2.30 pagi.

Katanya, ketika ditahan berlaku pergelutan, namun suspek berjaya ditahan dan polis turut merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru yang dikenal pasti milik PDRM.

Beliau berkata siasatan mendapati ketiga-tiga suspek tidak menggunakan pistol untuk mengugut mangsa tetapi menunjukkan gari selain pistol yang terselit di pinggang bagi menakutkan mangsa.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan