Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 lelaki rogol budak 7 tahun mangsa gempa Palu

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, yang merupakan mangsa bencana gempa dan tsunami yang membadai bandar Palu pada 28 September lalu, dirogol tiga lelaki di tempat perlindungan sementara. 

Anggaran Waktu Membaca:
3 lelaki rogol budak 7 tahun mangsa gempa Palu

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 17 Oct 2018 05:14PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 05:15PM

MAKASSAR: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, yang merupakan mangsa bencana gempa dan tsunami yang membadai bandar Palu pada 28 September lalu, dirogol tiga lelaki di tempat perlindungan sementara. Demikian menurut laporan Serambinews.com.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah tempat perlindungan mangsa bencana yang terletak di Makassar pada Selasa (16 Okt).

Serambinews.com menukil jurucakap polis, Kompol Anugraha sebagai berkata bahawa salah seorang lelaki itu adalah seorang remaja berusia 14 tahun. Remaja itu sudahpun diberkas.

"Kes tersebut telah dipindahkan ke Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak (PPA). Dua lagi pelaku yang dipercayai tinggal di Kabupaten Maros masih diburu," katanya.

Beliau berkata insiden itu berlaku ketika kanak-kanak berkenaan, seorang murid kelas 1 sekolah dasar (SD) yang dikenali sebagai SH, sedang bermain sendirian.

Kanak-kanak itu diheret ke kawasan tanah lapang oleh ketiga-tiga lelaki tersebut, yang kemudian merogolnya.

"Mereka kemudian menghantar mangsa di hadapan rumahnya. Dia mengadu kesakitan dan menceritakan kepada keluarganya," ujarnya lagi, seperti yang dipetik oleh Serambinews.com.

Selepas mendengar cerita kanak-kanak itu, para penduduk bertindak mengejar pelaku namun hanya berjaya menangkap salah seorang daripada mereka. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan