Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 lelaki didakwa kerana bunuh wartawan terkenal Malta guna bom kereta

Tiga lelaki didakwa semalam (5 Dis) dengan tuduhan membunuh seorang wartawan warga Malta, Daphne Caruana Galizia. Mangsa, yang juga merupakan seorang blogger, mati dibunuh dalam satu pengeboman kereta di pulau Mediterranean itu pada 16 Oktober.

Anggaran Waktu Membaca:
3 lelaki didakwa kerana bunuh wartawan terkenal Malta guna bom kereta

Daphne Caruana Galizia. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 06 Dec 2017 04:08PM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 04:14PM

VALLETTA: Tiga lelaki didakwa semalam (5 Dis) dengan tuduhan membunuh seorang wartawan warga Malta, Daphne Caruana Galizia. Mangsa, yang juga merupakan seorang blogger, mati dibunuh dalam satu pengeboman kereta di pulau Mediterranean itu pada 16 Oktober.

Cik Caruana Galizia merupakan tokoh masyarakat Malta yang terkenal kerana lamannya mendedahkan kejahatan dan kegiatan rasuah dalam negara yang kecil tetapi sedang berkembang pesat itu.

Tiga lelaki yang didakwa dengan pembunuhannya mengaku tidak bersalah di mahkamah.

Dua adik beradik, George dan Alfred Degiorgio, masing-masing berusia 55 dan 53 tahun, dan Vincent Muscat, 55, didakwa keranan membuat bom, membunuh wartawan, mengambil bahagian dalam jenayah terancang serta memiliki bahan letupan. 

Sumber : AFP/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan