Images
  • fire generic
    Gambar hiasan.

3 kanak-kanak maut selepas rumah dijilat api

SEMPORNA, SABAH: Tiga kanak-kanak maut selepas terperangkap dalam sebuah rumah kayu yang 95 peratus terbakar di Kampung Pegagau malam semalam (15 Apr).

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah menyatakan bahawa mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Emang, 5 dan Botak, 3, serta seorang kanak-kanak perempuan iaitu Puangsa, 5.

"Balai Bomba dan Penyelamat Semporna menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 mengenai kebakaran itu pada 7.47 malam dan bergegas ke lokasi kejadian sejauh 23 kilometer dari balai dengan menggunakan dua jentera yang diketuai Ketua Balai, Fazizul Hizam Borhan bersama 10 anggota," menurut kenyataan itu.

Ia selanjutnya menyatakan bahawa operasi memadam kebakaran itu selesai sepenuhnya pada 9.43 malam dan kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang dalam siasatan.

- BERNAMA/SM/sm

Top