Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 adik-beradik meninggal dunia semasa solat, sujud

Bukan satu, tetapi tiga anak pasangan ini meninggal dunia pada usia muda, sama ada sewaktu bersolat atau dalam posisi sujud, lapor laman detik.com. 

Anggaran Waktu Membaca:
3 adik-beradik meninggal dunia semasa solat, sujud

Gambar hiasan. (Gambar: ASIF HASSAN / AFP)

Diterbitkan : 09 Jan 2018 11:28PM Dikemas Kini : 09 Jan 2018 11:39PM

MAKASSAR: Bukan satu, tetapi tiga anak pasangan ini meninggal dunia pada usia muda, sama ada sewaktu bersolat atau dalam posisi sujud, lapor laman detik.com.

Allahyarhamah Andi Siti Aisyah Bahar meninggal dunia dalam keadaan sujud dan insiden tersebut dimaklumkan oleh ibu Aisyah, Andi Ratna, ketika ditemui wartawan laman tersebut di kediamannya.

Menurut Andi Ratna, ekoran peristiwa itu, tiga daripada lapan anaknya kini meninggal dunia ketika sedang beribadah.

Cik Ratna berkongsi anak kedua dan ketiga juga meninggal di masjid.

"Abang Aisyah juga meninggal dalam keadaan yang sama, meninggal dalam keadaan sujud. Anak ke-2 dan ke-3 juga meninggal di masjid semasa sedang solat," kata Cik Andi Ratna di Jalan Berua Raya Kompleks Kamaseang, Kecamatan Biringkanaya, Makassar pada Selasa (9 Jan).

Allahyarham Andi Ibrahim Bahar merupakan anak ke-3 dan meninggal pada usia 23 tahun semasa sedang melaksanakan iktikaf malam di masjid, tidak jauh dari rumahnya, pada tahun 2009, menurut detik.com.

Seorang lagi abang Aisyah yang meninggal dunia kemudian ialah Andi Asri Maranti, dalam cara serupa seperti Allahyarhamah. Namun Andi Asri meninggal semasa menunaikan solat malam, tepat di tahiyat akhir solat. Andi Asri (26), anak ke-2, meninggal di salah satu pondok pesantren di kawasan Pondok Gede, Jakarta, pada tahun 2011.

"Mereka semua meninggal dalam keadaan sujud. Allah lebih sayang mereka semua," kata Andi Ratna sambil menitiskan air mata.

Allahyarhamah Aisyah Bahar atau lebih mesra dikenali sebagai Ica, seperti ditukil detik.com, sebelumnya diterima bekerja di Laboratorium Peternakan Universiti Hasanuddin, Makassar. Sehari sebelum masuk kerja, Ica mengembuskan nafas terakhir.

Seperti yang difahamkan, Allahyarhamah Aisyah Bahar merupakan mahasiswi terbaik Fakulti Peternakan Universiti Hasanuddin 2016. Ica juga merupakan anak kelima daripada lapan adik-beradik, yang juga anak kepada pasangan H Andi Bahar dan Hj Andi Ratna.

Allahyarhamah meninggal sebaik saja dari solat subuh pada Khamis (4 Jan). Setiba di rumah, Allahyarhamah bersujud kepada orang tuanya, kemudian meninggal dunia.  

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan