Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

26 penumpang China Eastern Airlines cedera akibat gelora udara

Sekurang-kurangnya 26 orang cedera apabila pesawat China Eastern yang sedang dalam penerbangan dari Paris ke Kunming yang terletak di barat daya China, dilanda gelora udara pada hari Ahad (17 Jun), menurut laporan agensi berita Xinhua. 

Anggaran Waktu Membaca:
26 penumpang China Eastern Airlines cedera akibat gelora udara

Pesawat China Eastern Airlines berlepas di lapangan terbang Hongqiao di Shanghai. (Gambar: AFP PHOTO / JOHANNES EISELE)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 04:29PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 04:47PM

SHANGHAI: Sekurang-kurangnya 26 orang cedera apabila pesawat China Eastern yang sedang dalam penerbangan dari Paris ke Kunming yang terletak di barat daya China, dilanda gelora udara pada hari Ahad (17 Jun), menurut laporan agensi berita Xinhua.

Para penumpang pesawat MU774 mengalami kecederaan seperti keretakan tulang, apabila gelora udara yang kuat mengakibatkan mereka ditimpa bagasi yang terjatuh dari kompartmen atas, menurut Xinhua. Sekurang-kurangnya empat orang cedera parah, tambah Xinhua.

Dalam catatan akaun rasmi China Eastern di Weibo, pesawat China Eastern menyatakan bahawa pihaknya sudahpun menguruskan khidmat perubatan bagi para penumpang, tanpa mengesahkan perincian mengenai kecederaan yang dialami. Selain itu, syarikat penerbangan tersebut juga menegaskan bahawa para penumpang sepatutnya menggunakan tali pinggang keledar demi keselamatan mereka.

"Kami dapat merasakan gelora udara yang sangat kuat selama dua kali dan gelora udara yang kecil selama tiga kali. Ini berlarutan selama 10 minit," menurut seorang penumpang yang dikenali sebagai Zhang, yang dilaporkan oleh Xinhua.

Ini merupakan insiden kedua yang dialami oleh syarikat penerbangan tersebut minggu ini. Pada 11 Jun, sebuah pesawat China Eastern MU736 yang menuju ke Shanghai, terpaksa melakukan pendaratan cemas dan terpaksa berpatah balik ke Sydney satu lubang dikesan pada salah satu enjin pesawat.  

Sumber : Reuters/zz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan