Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 warga Indonesia disebat 85 kali kerana seks dengan sama jantina

Sebuah mahkamah Syariah di Indonesia menjatuhi hukuman sebat sebanyak 85 kali ke atas dua lelaki kerana mengadakan seks sama jantina.

Anggaran Waktu Membaca:
2 warga Indonesia disebat 85 kali kerana seks dengan sama jantina

Aceh merupakan satu-satunya wilayah yang menggunakan undang-undang syariah di Indonesia. (Gambar: AFP/Chaideer Mahyuddin)

Diterbitkan : 17 May 2017 09:02PM Dikemas Kini : 17 May 2017 09:04PM

BANDA ACEH: Sebuah mahkamah Syariah di Indonesia menjatuhi hukuman sebat sebanyak 85 kali ke atas dua lelaki kerana mengadakan seks sama jantina, menurut para hakim wilayah Aceh.

Ini diputuskan walaupun terdapat rayuan belas kasihan daripada kumpulan-kumpulan hak asasi manusia.

Hukuman yang akan dijatuhkan di hadapan khalayak ramai itu diputuskan oleh ssebuah panel hakim dan merupakan kali pertama undang-undang terhadap golongan homoseksual sejak ia diperkenalkan di wilayah itu pada 2014.

Hukuman itu lebih berat berbanding disebat 80 kali yang diminta pihak pendakwa.

Kedua-dua lelaki itu memilih untuk mewakili diri mereka sendiri di mahkamah dan berkata mereka tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang menganggap hubungan sama jantina sebagai satu jenayah dan menggunakan undang-undang syariah sebagai kanun jenayah tambahan kepada kanun yang sedia ada.

Human Rights Watch menggesa Indonesia supaya membebaskan kedua-dua lelaki itu yang ditahan pada bulan Mac selepas kes itu dilaporkan kepada polis agama atas dakwaan mengadakan seks sama jantina. 

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan