Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 warga Australia maut selepas terjatuh dari tempat tinggi ketika ber'selfie'

"Telefon mereka dipercayai terjatuh dan mereka terjatuh apabila cuba mencapainya," tambah beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
2 warga Australia maut selepas terjatuh dari tempat tinggi ketika ber'selfie'

(Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 10:07PM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 10:11PM

LISBON: 'Selfie' boleh membawa maut. Gara-gara hilang imbangan ketika sedang mengambil 'selfie', dua warga Australia maut selepas terjatuh dari tembok yang tinggi berdekatan pantai popular di Portugal.

"Kesemua (bukti) menunjukkan bahawa mereka terjatuh semasa sedang mengambil selfie," kata ketua khidmat menyelamat, Encik Rui Pereira da Terra.

"Telefon mereka dipercayai terjatuh dan mereka terjatuh apabila cuba mencapainya," tambah beliau.

Kemalangan yang membawa maut itu berlaku di bandar Ericeira, sebuah destinasi popular, 30 kilometer dari ibu kota Portugal.

Malah, ini bukanlah kali pertama pelancong jatuh dari tembok setinggi 40 meter berdekatan pantai itu.  

Sumber : CNA/SM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan