Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 pesawat Marin AS terhempas ketika mengisi minyak dekat Jepun

Enam anggota pasukan marin Amerika Syarikat dilaporkan hilang setelah dua pesawat tentera terhempas pada Khamis (6 Dis) semasa satu operasi mengisi minyak di luar pantai Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Dec 2018 01:49PM Dikemas Kini : 06 Dec 2018 10:57PM

TOKYO: Enam anggota pasukan marin Amerika Syarikat dilaporkan hilang setelah dua pesawat tentera terhempas pada Khamis (6 Dis) semasa satu operasi mengisi minyak di luar pantai Jepun. Demikian menurut para pegawai daripada kedua-dua negara kepada AFP.

Kedua-dua pesawat - jet pejuang F-18 dan pesawat kapal tangki mengisi minyak C-130 terlibat dalam satu "kemalangan sekitar 200 batu dari pesisir Jepun sekitar jam 2.00 pagi" menurut satu kenyataan daripada Tentera Laut Amerika Syarikat di Jepun.

Seorang pegawai pertahanan Amerika memberitahu AFP bahawa satu kemalangan berlaku setelah sebuah pesawat berlepas dari Stesen Udara Kor Marin di selatan Jepun.

Seorang jurucakap bagi Pasukan Pertahanan-Negara Jepun berkata bahawa salah seorang anggota tentera telah diselamatkan tetapi nasib anggota-anggota tentera lain masih belum dapat dipastikan.

Anak kapal itu sudah diperiksa oleh para doktor, menurut kenyataan tentera laut itu, sambil menambah bahawa "operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk enam orang lagi."

Pesawat C-130 dipercayai membawa lima anggota tentera manakala F-18 dua anggota, menurut pegawai rasmi Jepun yang menambah bahawa Jepun telah mengerahkan empat pesawat dan tiga kapal bagi misi mencari itu.

Media Amerika Syarikat turut melaporkan lima anggota tentera berada dalam C-130 dan dua dalam F-18.

Punca kemalangan itu sedang disiasat, menurut pihak tentera. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan