Images
  • noida
    (Gambar: Twitter/Polis Trafik Noida)

2 pegawai polis digantung kerja kerana tidak cam ketua

NOIDA: Dua pegawai polis di Noida digantung kerja kerana dipercayai kurang berdisiplin selepas mereka gagal mengecam kenderaan yang membawa Ketua Polis Uttar Pradesh, menurut para pegawai.

NDTV melaporkan, Ketua Pengarah Polis (DGP) OP Singh sedang dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat di New Delhi dan perlu pula melintasi bandar itu, menurut seorang pegawai kanan polis Gautam Budh Nagar.

Kedua-dua pegawai polis yang terlibat - seorang penolong inspektor (SI) dan konstabel - dikerahkan ke pondok polis di Amrapali apabila insiden tersebut berlaku sekitar 2.30 petang pada Rabu (12 Sep), menurut NDTV lagi.

"SI dan konstabel berkenaan tidak memakai topi seragam dan sebaliknya menyimpannya dalam beg semasa bertugas. Mereka juga gagal mengecam kenderaan DGP dan berkelakuan santai semasa insiden. Maka itu mereka digantung kerana tidak berdisiplin," menurut SSP Ajay Pal Sharma seperti ditukil NDTV.

Menyangkal laporan bahawa SI dan konstabel terlibat bertengkar dengan DGP itu, SSP Sharma menerangkan bahawa kedua-dua pegawai terlibat sebenarnya dapat mengecam ketua polis itu selepas mendekati kenderaan tersebut.

- Agensi berita/TQ/tq

Top