Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 lelaki ditahan atas serangan kereta api Marseille

Polis Perancis sedang menjalankan siasatan berkaitan dua wanita yang mati ditikam di sebuah bandar di kawasan selatan Marseille. Menurut sumber mahkamah semalam (11 Okt), dua lelaki ditahan menyusuli serangan yang didakwa didalangi ISIS

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki ditahan atas serangan kereta api Marseille

Para penyiasat Perancis belum menemui bukti serangan Marseille ada kaitan dengan ISIS. (Gambar: PHILIPPE HUGUEN/AFP)

Diterbitkan : 12 Oct 2017 08:08AM Dikemas Kini : 12 Oct 2017 08:12AM

PARIS: Polis Perancis sedang menjalankan siasatan berkaitan dua wanita yang mati ditikam di sebuah bandar di kawasan selatan Marseille. Menurut sumber mahkamah semalam (11 Okt), dua lelaki ditahan menyusuli serangan yang didakwa didalangi ISIS.

Kedua-dua lelaki yang berusia 24 dan 29 tahun, ditahan pada Selasa (10 okt) di Toulon, kira-kira 65 kilometer dari Marseille.

Ahmed Hanachi, warga Tunisia yang berusia 29 tahun, menikam kedua-dua wanita berkenaan di stesen kereta api Saint-Charles di Marseille pada 1 Okt sebelum ditembak mati oleh polis.

ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Namun, para penyiasat Perancis belum menemui bukti yang mengaitkan serangan itu dengan kumpulan tersebut.

Menurut sumber mahkamah, "Lelaki berusia 24 tahun itu mungkin menjadi tuan rumah kepada Ahmed Hanachi semasa salah satu lawatannya ke Toulon.”

Menurut sumber itu lagi, kedua-dua suspek sudahpun ditangkap.

Sebelum ini, pihak polis menumpukan siasatan kepada ahli keluarga Hanachi. Adik-beradiknya seramai empat orang ditahan beberapa hari selepas serangan itu. Dua daripada mereka sudah dibebaskan.

Lagi dua, Anouar dan Anis, sedang menunggu proses ekstradisi selepas masing-masing ditangkap di Switzerland dan Itali.

Para penyiasat Perancis mengesyaki Anis mungkin terlibat dalam serangan di Marseille.

Disifatkan sebagai bekas militan di Iraq-Syria, dia dijangka akan diserahkan kepada Perancis.

Menurut ketua anti-pengganasan Itali Lamberto Giannini, para penyiasat Perancis sedang menentukan sama ada Anis "mempengaruhi saudara lelakinya Ahmed yang membuatnya menjadi radikal".

Ahmed dikenal pasti pihak polis sebagai individu yang dibelenggu masalah dadah serta kaki botol dan mempunyai sejarah jenayah kecil, dengan menggunakan tujuh nama samaran. Dia bagaimanapun tidak disenaraikan sebagai anggota militan.

Dua hari sebelum serangan itu, dia ditahan atas kecurian di bandar timur Lyon tetapi dibebaskan pada hari berikutnya. Keputusan itu disifatkan oleh ketua polis negara (IGA) sebagai "satu kelemahan yang serius" dalam menangani warga asing yang tidak mempunyai dokumen kerakyatan yang jelas. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan