Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 hakim kanan Malaysia letak jawatan; sedang kerajaan perketat tadbir urus

Gabenor Bank Negara, Encik Muhammad Ibrahim juga meletak jawatan pada minggu lalu walaupun baru berkhidmat hanya dua tahun daripada penggalnya selama lima tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
2 hakim kanan Malaysia letak jawatan; sedang kerajaan perketat tadbir urus

Zulkefli Ahmad Makinudin (kiri) dan Raus Sharif. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 05:43PM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 05:49PM

KUALA LUMPUR: Dua hakim kanan di Malaysia sudah meletak jawatan, sedang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mahathir Mohamad menyingkirkan para pegawai kanan yang rapat dengan kerajaan lalu.

Jumlah pegawai kanan yang sudah dipecat atau meletak jawatan semakin meningkat sejak bulan lalu setelah Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir menang besar dalam pilihan raya umum pada 9 Mei.

Hakim Besar Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin akan melepaskan jawatan masing-masing pada 31 Julai, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua pejabat pendaftar mahkamah persekutuan.

Masyarakat peguam Malaysia mencabar keputusan mantan Perdana Menteri Najib Razak untuk melantik Encik Raus dan Encik Zulkefli tahun lalu, dengan alasan kedua-dua hakim itu sudah menjangkaui usia persaraan.

Minggu lalu, Malaysia melantik seorang peguam negara baru yang menegaskan bahawa "sebarang salah laku tidak akan disembunyikan" dan beliau akan mengenakan tindakan jenayah dan sivil terhadap skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad 1MDB yang diasaskan oleh Encik Najib.

Peguam Negara baru, Encik Tommy Thomas, dibawa masuk untuk menggantikan Encik Mohamed Apandi Ali, yang pada tahun 2016 membersihkan Encik Najib daripada sebarang salah laku berhubung skandal 1MDB yang bernilai berbilion-bilion dolar.

Encik Najib menafikan sebarang salah laku berhubung kes tersebut.

Gabenor Bank Negara, Encik Muhammad Ibrahim juga meletak jawatan pada minggu lalu walaupun baru berkhidmat hanya dua tahun daripada penggalnya selama lima tahun.

Keputusan Encik Muhammad meletak jawatan dilihat sebagai kesan skandal 1MDB, selepas kementerian kewangan menyatakan bulan lalu bahawa sekitar AS$500 juta (S$670 juta) yang diperolehi kerajaan melalui penjualan tanah yang disalurkan kepada Bank Negara digunakan untuk melunaskan hutang 1MDB tahun lalu. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan