Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 ditemui mati, lebih 180 dilaporkan hilang akibat feri karam

Bilangan orang yang dilaporkan hilang akibat tragedi feri karam di Sumatera dikemas kini menjadi 180 oleh pihak berkuasa Indonesia pada Rabu (20 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jun 2018 01:44PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 09:05PM

JAKARTA: Bilangan orang yang dilaporkan hilang akibat tragedi feri karam di Sumatera dikemas kini menjadi 180 oleh pihak berkuasa Indonesia pada Rabu (20 Jun).

Angka awal penumpang yang hilang akibat tragedi pada Isnin malam di Danau Toba itu diletakkan sebagai 128 oleh agensi pencari dan penyelamat Indonesia pada Selasa.

Jumlah terbaru bagi penumpang yang hilang adalah dua kali ganda had muatan feri tersebut.

Encik Budiawan, ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) di Medan, berkata 18 orang terselamat dan dua mayat ditemui pada Isnin malam.

"Berdasarkan data, kita sedang mencari 180 orang," kata Encik Budiawan, yang turut menambah semakin ramai yang tampil untuk memaklumkan ada orang lain yang masih hilang.

Pencarian sehari pada Selasa dihentikan kerana tidak dapat mengesan sesiapa lagi.

Menteri Pengangkutan Budi Karya berkata sepasukan penyiasat akan menyiasat punca tragedi itu.

"Kami percaya ada sengkayan yang mencetuskan angin kencang dan pukulan ombak yang membadai bot dan menimbulkan rasa cemas," beliau memberitahu para wartawan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan