Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1MDB: Najib Razak beri keterangan kepada SPRM lebih 6 jam

Mantan perdana menteri Najib Tun Razak dipercayai memberi keterangan lebih enam jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (16 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2018 11:16PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 01:10AM

PUTRAJAYA: Mantan perdana menteri Najib Tun Razak dipercayai memberi keterangan lebih enam jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (16 Okt) setelah dipanggil lagi oleh suruhanjaya itu berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber SPRM, Encik Najib hadir di ibu pejabat SPRM kira-kira pada jam 10.00 pagi bagi membantu siasatan tersebut dan keluar pada sekitar jam 4.30 petang.

Bagaimanapun, pihak media yang sudah menunggu sejak jam 9.00 pagi gagal merakamkan kelibat Encik Najib. Beliau difahamkan beliau masuk dan keluar melalui pintu belakang.

Lebih 20 pengamal media sebaliknya berkumpul di kawasan pintu pagar utama SPRM, yang kebiasaannya merupakan laluan keluar masuk ke suruhanjaya itu.

Encik Najib sebelum ini sudah beberapa kali dipanggil untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan SPRM. Pada 3 Okt lepas, Encik Najib memberi keterangan hampir tiga jam di Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), di Menara KPJ, Jalan Tun Razak.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sebelum ini dilaporkan akan memanggil semula Encik Najib dan isterinya, Cik Rosmah Mansor berikutan pihak berkuasa memerlukan maklumat tambahan daripada pasangan terbabit untuk membantu siasatan. Encik Najib sebelum ini sudah didakwa di mahkamah atas 32 pertuduhan.

Pada 4 Julai lepas beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta (S$14 juta) milik SRC International Sdn Bhd.

Seterusnya pada 8 Ogos, mantan perdana menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta (S$14 juta) hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lepas.

Pada 20 Sept, Encik Najib sekali lagi didakwa atas 21 tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 dan empat tuduhan di bawah Akta SPRM.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan