Images
  • afghan
    Kawasan yang terkena serangan udara. (Gambar fail: Noorullah Shirzada/AFP)

19 militan mati dalam serangan udara di barat Afghanistan

FARAH: Sekurang-kurangnya 19 militan termasuk pemimpin tempatan Taliban terbunuh manakala tujuh lagi cedera, selepas pasukan gabungan NATO melancarkan serangan udara di wilayah barat Farah, lapor Xinhua.

Jurucakap polis tempatan, Encik Muhibullah Muhib berkata, pemimpin Taliban Aga Mir Adalat bersama 10 orang bawahannya maut apabila serangan udara itu menyasarkan tempat persembunyian di Naidi, di daerah Khaki Safed pada Rabu (5 Dis).

Pemimpin Taliban itu mengetuai lebih 200 orang militan di daerah yang bergolak berkenaan, katanya.

Dalam serangan berasingan di daerah Bala Buluk, lapan anggota militan maut dan tujuh lagi cedera serta tiga kubu persembunyian dimusnahkan.

Pasukan tentera Afghanistan, yang disokong gabungan NATO diketuai Amerika Syarikat, mempergiat operasi memerangi militan ketika kumpulan itu berusaha menawan wilayah dan mengukuhkan kedudukan mereka menjelang musim sejuk.

Tiada sebarang kenyataan balas dikeluarkan Taliban berhubung laporan berkenaan setakat ini.

- BERNAMA/AQ/aq

Top