Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

150 pelajar M'sa gagal bayar wang pengajian di Mesir, rombongan kerajaan ke sana esok

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia menghantar rombongan ke Mesir esok (19 Sep) dalam usaha membantu pelajar Malaysia yang menghadapi masalah pembiayaan pengajian di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
150 pelajar M'sa gagal bayar wang pengajian di Mesir, rombongan kerajaan ke sana esok

Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Idris Jusoh. (Gambar: Facebook Idris Jusoh)

Diterbitkan : 18 Sep 2016 11:05PM Dikemas Kini : 18 Sep 2016 11:26PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia menghantar rombongan ke Mesir esok (19 Sep) dalam usaha membantu pelajar Malaysia yang menghadapi masalah pembiayaan pengajian di negara itu.

Menterinya Idris Jusoh berkata kunjungan selama empat hari itu akan disertai beberapa pegawai KPT.

"Moga usaha diberkati dan pegawai saya selamat pergi dan kembali," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebooknya hari ini (18 Sep).

Sementara itu, kementerian itu dalam kenyataan berkata rombongan tersebut
akan diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Kamel Mohamed.

"Matlamat rombongan tersebut adalah untuk mencari fakta agar gambaran penuh isu tersebut dapat diperoleh.

"Rombongan juga akan berusaha mengesahkan maklumat pelajar yang memerlukan bantuan dan universiti mereka, agar bantuan dapat diselaraskan dengan kadar sesegera yang mungkin," menurut kenyataan itu.

Khamis lalu (15 Sep), media melaporkan 150 pelajar Malaysia dalam bidang perubatan,
pergigian dan farmasi di Mesir bakal berdepan penyingkiran ekoran kegagalan membayar hutang yuran pengajian yang mencecah hampir RM4.5 juta (S$1.5 juta) secara keseluruhan.

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan