Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel

Sekurang-kurangnya 15 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran antara pemberontak Palestin dengan tentera Israel di Carikan Gaza dan Tebing Barat. Demikian menurut laporan agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
15 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel

Gambar: ABBAS MOMANI / AFP

Diterbitkan : 20 Jan 2018 12:13PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 12:15PM

GAZA: Sekurang-kurangnya 15 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran antara pemberontak Palestin dengan tentera Israel di Carikan Gaza dan Tebing Barat. Demikian menurut laporan agensi berita Xinhua.

Ashraf al-Qedra, seorang jurucakap kementerian kesihatan di Gaza, mengatakan bahawa askar-askar Israel menggunakan gas pemedih mata dan melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup untuk meleraikan para penunjuk perasaan Palestin di sempadan antara Gaza Timur dengan Israel. Lapan orang cedera.

Sementara itu, Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan bahawa tujuh rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel berdekatan bandar di kawasan utara Tebing Barat.

Sejak 6 Disember, selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel, banyak bantahan berlaku di Gaza dan Tebing Barat.

Keseluruhannya 17 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 4,000 cedera dalam pertempuran dengan tentera dan pasukan keselamatan Israel.

Kumpulan-kumpulan Palestin, termasuk Hamas dan Presiden Mahmoud Abbas daripada Parti Fatah, sudah menyuarakan bantahan mereka terhadap Israel.

Awal hari ini (20 Jan), kumpulan Jihad Islam menyeru untuk mengadakan "Hari Pemberontakan" di wilayah-wilayah Palestin bagi memperjuangkan Baitulmakdis.

"Baitulmakdis akan terus menjadi ibu kota Palestin, dan Israel atau entiti Zionis lambat laun akan lenyap," kata Khader Habib, seorang ketua kanan kumpulan Jihad Islam kepada para pemberontak di Gaza. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan