Images
  • california shooting
    Polis di tempat kejadian di mana berlakunya penembakan rambang. (Gambar: AFP)

12 terkorban dalan insiden tembakan rambang di bar California

THOUSAND OAKS: Lelaki bersenjata yang membunuh 12 orang di sebuah bar yang sesak di California, dikenal pasti sebagai David Long, seorang bekas anggota Marin berusia 28 tahun.

Suspek yang mempunyai senjata api kaliber .45 ditemui mati di Borderline Bar and Grill, tempat kejadian tembakan di bandar Thousand Oaks, di barat laut pusat bandar Los Angeles.

"Kami percaya dia menembak dirinya sendiri," kata Syerif Daerah Ventura, Geoff Dean.

"Kami pernah berhubung dengan Encik Long selama beberapa tahun ini berkaitan insiden-insiden kecil, satu kemalangan trafik," kata Encik Dean dalam satu sidang media.

Polis turut dikerahkan ke rumah Long pada April lalu sebagai respons kepada satu gangguan dan "mengesyaki dia mungkin mengalami PTSD (masalah tekanan pasca trauma)", tambah beliau.

Encik Dean selanjutnya berkata Long "agak pemarah dan bertindak tidak munasabah. Namun, pakar kesihatan mental yang dipanggil sering "bercakap dengannya dan melepaskannya".

Para penyiasat belum menentukan motif di sebalik tembakan itu dan tiada maklumat tentang kaitan Long dengan bar tersebut.

Menurut Encik Dean lagi, Long merupakan seorang veteran yang pernah berkhidmat dalam Tentera Marin.  

- AFP/AQ/aq

Top