Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 maut selepas trak rempuh 7 rumah di Indonesia

Sekurang-kurangnya 11 maut di Indonesia selepas sebuah trak yang membawa gula, merempuh beberapa motosikal dan rumah pada Ahad (20 Mei), menurut seorang pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2018 11:16AM Dikemas Kini : 22 May 2018 12:07AM

BREBES: Sekurang-kurangnya 11 maut di Indonesia selepas sebuah trak yang membawa gula, merempuh beberapa motosikal dan rumah pada Ahad (20 Mei), menurut seorang pegawai.

Trak berkenaan sedang menuruni bukit di daerah Brebes di wilayah Jawa Tengah dan dalam perjalanan ke ibu kota Jakarta apabila ia gagal menekan brek, dedah agensi benda tempatan itu.

Ia cuba berhenti dengan membelok ke kiri tetapi sebaliknya melanggar sebuah kereta, 13 motosikal dan tujuh rumah.

"Setakat ini, sebelas orang maut dan 11 yang lain cedera," menurut pegawai agensi Sarwa Permana, sambil berkata mereka yang cedera sudah dibawa ke hospital.

Keadaan pemandu belum dapat disahkan.

Nahas kenderaan biasa berlaku di Indonesia, di mana bas, kereta api dan juga pesawat biasanya usang dan tidak diselenggara dengan baik.

Pada bulan Februari, sekurang-kurangnya 27 orang mati dan 16 yang lain cedera apabila sebuah bas yang membawa pelancong domestik terlibat dalam kemalangan di wilayah Jawa Barat.

Pada Julai tahun lalu, 10 orang, termasuk seorang pelancong dari Austria dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun meninggal dunia apabila sebuah bas yang melakukan perjalanan dari pulau peranginan Bali ke bandar Malang di Jawa Timur, melanggar bahagian belakang sebuah trak baja, sekaligus menyebabkan para penumpang yang sedang tidur terkorban.

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan