Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10 terkorban akibat banjir di Malaysia; 160,000 dipindahkan

Banjir terburuk yang berlaku di Malaysia sejauh ini telah meragut sekitar 10 jiwa di samping memaksa hampir 160 ribu yang lain meninggalkan tempat kediaman.

Anggaran Waktu Membaca:
10 terkorban akibat banjir di Malaysia; 160,000 dipindahkan

Keadaan banjir di Kota Bahru pada 28 Disember, 2014. (Gambar: AFP/MOHD RASFAN)

Diterbitkan : 29 Dec 2014 12:45PM Dikemas Kini : 04 Jan 2015 07:40PM

MALAYSIA: Banjir terburuk yang berlaku di Malaysia sejauh ini telah meragut sekitar 10 jiwa di samping memaksa hampir 160 ribu yang lain meninggalkan tempat kediaman.

Pihak berkuasa berkata hujan lebat boleh dijangkakan dalam masa beberapa hari akan datang.

Antara mereka yang terkorban adalah lima penduduk di Kelantan, negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir tersebut.

Jumlah penduduk yang mendapatkan bantuan di pusat-pusat perlindungan sementara di Kelantan juga telah meningkat kepada lebih 134,000 orang.

Jumlah pusat-pusat perlindungan sementara di Kelantan juga telah ditambah kepada lebih 134 pusat.

Pihak berkuasa Malaysia juga melaporkan, tidak banyak perubahan bagi keadaan banjir di Terengganu, Pahang, Perak dan Johor sejauh ini.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun berkunjung ke kawasan-kawasan terjejas oleh banjir selepas menyingkatkan percutiannya di Hawaii, Jumaat lalu.

Bercakap kepada media setelah kunjungan itu, Datuk Seri Najib berkata beliau mahu operasi menangani banjir besar itu dijalankan dengan sebaiknya.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan